Tuesday, October 26, 2010

Frekuensi: Bukti Kebesaran Allah

Bismillahhirrahmannirrahim,
Aku rasa, aku nak sambung bab frekuensi yang tertanguh aritu. kat bawah ni aku sertakan frekuensi2 yang wujud kat dunia ni. kita boleh tengok sendiri melalui gambo dibawah.

Semakin besar frekuensi semakin banyak tenaga yang dikeluarkan. cuba perhatikan Gamma Ray yang mempunyai frekuensi 1,000,000,000,000,000,000,000Hz atau 1 QuintillionHz. Energynya pulak max 20 MeV. Gamma Ray Burst (GRB) dlm 10 saat akan menghasilkan tenaga yang lebih kuat dari tenaga yang dihasilkan oleh matahari selama 10,000,000,000 (billion) tahun. kita manusia cumalah 62Hz bila kita sihat. banyak mana sgt la tenaga kita. tapi lihatlah ciptaan Allah taala yang mampu menciptakan kuasa yang sebigini hebat.

Begitu hebatnya kekuasaan Allah taala. Masakan tenaga yang sebigini hebat dicipta oleh sesuatu yang bersifat seperti makhluk.

Akhir sekali, seperti biasa dengan tenaga yang sebegini besar, ingatlah diriku bahawa kuasa allah taala tak tertakrif dengan pemikiran makhluk... wallahualam








BANDwidth DESCRIPTION

FREQUENCY RANGE

Extremely Low Frequency (ELF)0to3KHz
Very Low Frequency (VLF)3KHzto30KHz
Radio Navigation &
maritime/aeronautical mobile
9KHzto540KHz
Low Frequency (LF)30KHzto300KHz
Medium Frequency (MF)300KHzto3000KHz
AM Radio Broadcast540KHzto1630KHz
Travellers Information Service1610KHz
High Frequency (HF)3MHzto30MHz
 Shortwave Broadcast Radio5.95MHzto26.1MHz
Very High Frequency (VHF)30MHzto300MHz
 Low Band: TV Band 1 - Channels 2-654MHzto88MHz
Mid Band: FM Radio Broadcast88MHzto174MHz
High Band: TV Band 2 - Channels 7-13174MHzto216MHz
Super Band (mobile/fixed radio & TV)216MHzto600MHz
Ultra-High Frequency (UHF)300MHzto3000MHz
Channels 14-70470MHzto806MHz
L-band:500MHzto1500MHz
Personal Communications Services (PCS)1850MHzto1990MHz
Unlicensed PCS Devices1910MHzto1930MHz
Superhigh Frequencies (SHF)
   (Microwave)
3GHzto30.0GHz
C-band3600MHzto7025MHz
X-band:7.25GHzto8.4GHz
Ku-band10.7GHzto14.5GHz
Ka-band17.3GHzto31.0GHz
Extremely High Frequencies (EHF)
(Millimeter Wave Signals)
30.0GHzto300GHz
Additional Fixed Satellite38.6GHzto275GHz
Infrared Radiation300GHzto430THz
Visible Light430THzto750THz
Ultraviolet Radiation1.62PHzto30PHz
X-Rays30PHzto30EHz
Gamma Rays30EHzto3000EHz

Monday, October 25, 2010

Analogi Sebuah Kehidupan: Wahai diriku sibukanlah dirimu dengan urusan akhirat

Bismillahirahmanirrahim,
Antara hobi aku sekarang adalah bungkus nasi dari kafe dan makan di pantry. Seronok sungguh makan kat pantry sejak akhir2 ni, sebab masa tu la kakak tea lady layan gosip. aku pun tolong dengaq saja la. tapi yang buat aku mula seronok bila cerita depa buat aku terpikiaq. antaranya rungutan mereka mengenai harga barang yang mahai, laki masing2 yang tak gheti nak tolong buat keje ghumah sbgainya. yang paling menarik gosip jumaat lepas. Kisah opis aku antaq staff pegi kursus kesedaran diri.

antara pengisian kursus ini adalah sesi dimana peserta diminta membentangkan makna surah al- fatihah (ini menurut kakak pantry la. aku tak pi lagi kursus ni). Menurut kakak pantry tu lagi yang merupakan assistant pantry manager, hampir semua staff opis aku ni gagal jawap soalan pembentangan ni, dan katanya ada jugak la bos2 yang tak boleh jawap jugk.

Bukanlah tujuan aku nak malukan sapa2, tapi benda ni buat aku terpikiaq, berapa ramai lagi org muda dan tua diluar sana yang tak faham apa yang dilafazkan dalam solat mereka. seperti biasa aku nasihatkan diri aku untuk sentiasa mengejar ilmu....

1. Hampir setiap hari kita dok check balance duit kita dalam CIMB click atau Maybank2u, TAPI, berapa lama sekali kita dok check (muhasabah) diri kita

2. Celik saja mata setiap hari kita dok teringat hal dunia yang tak berapa lama kita hidup, TAPI berapa lama sekali kita ingat negeri akhirat yang kekal abadi.

3. Kita sanggup dok mengadap tunggu harga emas naik, tunggu nak jual, TAPI kita tak boleh nak tunggu waktu solat masuk dan solat berjemaah di awal waktu.

4. Kita kalut dok sembang pasai kereta apa yang terbaru dah terhebat TAPI lupa, kenderaan yang terakhir kita keranda (enjin pun tarak)

5. Kita dok kalut sembang harga rumah ratus2 ribu kat sana sini, dok kalut nak bubuh kabinet dapoq, TAPI kita tak pernah nak sembang bab nak bagi selesa rumah kita yang terakhir, KUBOQ

pelik sungguh kita ni. Aku harap Wahai diriku ingatlah sokmo yang ang pernah taip post ni, dan ingatlah sibukkanlah diri ang dengan akhirat....wallahualam..

Wednesday, October 20, 2010

Kunci Penghayatan Hidup Rabbani



Ramai manusia melihat kehidupan dari segenap sudutnya. Ada yang melihat kepayahan hidup lalu memahami kehidupan ini suatu tempat kedukaan. Ada yang melihat kesenangan duniawi lalu memahami kehidupan adalah tempat menikmatinya. Ini semua adalah nilai kehidupan dengan pandangan syahwat dan kepentingan. Untuk apa melihat hidup itu pada senang atau susahnya, sedangkan setelah susah hadirnya senang, dan setelah senang hadirnya susah. Begitulah silih berganti.

Malah, senang dunia tidak selamanya, begitu jua susahnya. Akhirnya sang insan yang sibuk dengan susah dan senangnya hidup di dunia, mati meninggalkan dunia. Itu semua hanyalah persepsi kebudak-budakan semata-mata yang mengingini khayalannya menjadi mimpi yang nyata.

Hidup ini adalah untuk kita hidup menghadapi realiti, bukan membina makna realiti sendiri. Hakikat hidup sudah ditentukan. Makna hidup sudah dijelaskan. Jika terus memilih selain makna dan hakikat hidup yang telah dijelaskan oleh Tuhan, maka kita hanya mencari kebahagiaan yang palsu. Semakin kita melangkah menuju kebahagiaan palsu, semakin kita menjauhi kebahagiaan hakiki. Semakin kita menuju “realiti” ciptaan sendiri, semakin kita memalingkan diri daripada hakikat sebenar hidup ini.

Begitulah insan yang sentiasa terkesan samada dalam kesenangan mahupun dalam kesusahan. Cahaya keimanan yang sepatutnya kita warisi daripada generasi Sahabat r.a. yang sentiasa tenang dalam susah dan senang, seakan-akan suatu fantasi semata.

Memang benar. Indah bicara dari menghadapinya. Namun, inilah realitinya. Bagaimana Saidina Bilal r.a. mampu memikul batu berat di bawah terik mentari hanya dengan menyebut ahad…ahad. Kita, dengan sembilan puluh sembilan nama Allah telah dihafal, namun belum tentu sanggup memikul dukaan kerana Tuhan. Jauh benar penghayatan aqidah kita berbanding penghayatan aqidah mereka yang dididik oleh Saidina Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam-.

Nilai aqidah itu pada penghayatannya, bukan pada perbahasannya. Semua orang berbicara dalam manhaj yang berbeza-beza, tetapi tetap berkongsi kemanisan yang sama, jika benar tauhid mereka. Bukti berharga paling utama yang menunjukkan aqidah kita benar pada manhaj mereka yang terdahulu (as-salaf as-sholeh) khususnya para sahabat r.a., adalah kita berkongsi penghayatan mereka terhadap aqidah Islam itu sendiri.

Iman itu harganya pada kelazatannya dalam berinteraksi dengan Allah s.w.t. melalui  kehidupan. Bagaimana generasi sahabat r.a. khususnya, tidak pernah kenal erti susah dalam menghadapi rintangan kehidupan mereka? Ramai orang kata, kekuatan mereka adalah pada kefahaman mereka tentang dakwah Islam. Ada orang juga kata, kekuatan mereka pada ilmu dan amal mereka. Benar bagai dikata oleh mereka yang berkata-kata. Tetapi bukan sekadar itu wahai saudara-saudara. Kunci utama kekuatan mereka adalah pada penghayatan mereka terhadap aqidah mereka. Kuncinya adalah pada kelazatan tauhid yang mereka kecapi saban hari.

Kelazatan iman mereka membawa mereka kepada mengenal makna hidup yang lebih besar. Ianya adalah cahaya yang terbit dari kerohanian yang bersih dan suci daripada maksiat dan kelalaian. Ianya lahir daripada jiwa yang sentiasa menginsafi diri dan memperbanyakkan taubat bukan sekadar kerana rasa diri berdosa, tetapi kerana takut rasa diri tidak berdosa yang mana itu juga sifat ujub yang tercela. Qudwah mereka adalah Saidina Al-Mustafa wa Habibina Al-Mujtaba Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam-. Mereka melihat bagaimana Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- beristighfar seratus kali setiap hari sedangkan sudah terpelihara daripada dosa. Apa penghayatan Baginda Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- dalam memperbanyakkan taubat? Nah, kelazatan dan penghayatan itu diwarisi oleh para sahabat r.a. secara halus meresap dalam tarbiah Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam-.

Kunci utama bagi seseorang mewarisi hal hati (ahwal) dan kebersihan rohani adalah pada kecintaan dalam keimanan. Oleh sebab itulah, Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- menyuruh para sahabat r.a. mencintai Baginda -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- lebih daripada diri mereka sendiri dan segala-galanya. Ini kerana, kunci berlakunya proses pewarisan ahwal (hubungan hati seseorang dengan Allah) daripada Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- adalah dengan cinta kepada Rasulullah - shollaLlahu ‘alaihi wasallam-.

Jalan untuk mencintai Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- adalah dengan mencintai para pewaris Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- iaitulah para sahabat r.a. dan keluarga Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam-, para ulama’ (yang mewarisi ilmu Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam-), para solihin (yang mewarisi amalan Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam-), para murobbi (yang mewarisi manhaj tarbiah Rasulullah - shollaLlahu ‘alaihi wasallam-) dan sebagainya. Ini adalah kecintaan kerana Allah s.w.t. yang berteraskan kecintaan kepada Rasulullah - shollaLlahu ‘alaihi wasallam-. Inilah antara sebab untuk mendapatkan kelazatan iman.

Penghayatan ini juga dikuatkan dengan mujahadah melawan hawa nafsu dengan meninggalkan terus maksiat dan dosa kita tanpa menoleh kepadanya semula. Antara kuncinya adalah dengan membenci untuk kembali kepada dosa sebagaimana takut untuk dicampak ke dalam neraka. Perasaan takut itu apabila terus meningkat, maka ia akan membawa takut kepada murka Allah s.w.t..

Kemuncak proses mengecapi penghayatan aqidah tauhid dan kelazatan iman adalah dengan menjadikan setinggi-tinggi cinta teragung seseorang adalah ALLAH s.w.t.. Kecintaan kepada Allah s.w.t. ini bukan suatu proses yang mudah semudah mengungkapkannya dengan lisan semata-mata. Betapa ramai manusia yang mudah mengungkap cinta tetapi debu cinta pun tiada di hatinya (Astaghfirullah min ad-dakwa).

Prosesnya adalah dengan mencintai jalan-jalan untuk mencintai Allah s.w.t. iaitulah mencintai para solihin, para murobbi, para ahlul-bait, para sahabat r.a. dan kemuncaknya adalah cinta kepada Rasulullah s.a.w.. Dengan kecintaan kepada Rasulullah shollaLlahu ‘alaihi wasallammelebihi cinta kita kepada segalanya, akan membawa kepada kecintaan kepada Allah s.w.t. dengan bantuanNya.

Cinta kepada Allah s.w.t., memang benar ianya suatu anugerah. Tidak semudah sehingga semua yang mendakwanya, memilikinya. Tidak serendah semua yang membicarakannya, merasainya. Ianya pilihan dalam pilihan. Ianya anugerah dalam hadiah. Ianya kurniaan dalam pemberian. Maka, mintalah cinta kepadaNya hanya daripadaNya.

Dengan mencintai Allah s.w.t., seseorang akan menghadapkan fokusnya hanya kepada Allah s.w.t.. Seluruh jalan cerita dalam kehidupannya adalah ungkapan untuk mendapatkan redha dan cintaNya. Itulah sebenarnya hakikat apabila sudah mulai mencinta. Apa sahaja diredahi demi redha dan cinta. Pandangan redha yang dicinta adalah idaman setiap sang pencinta.

Andai benar kamu mencari redha Allah, mengapa mengeluh ketika diberi ruang untuk mendapatkannya? Bukankah ujian dan dugaan hidup itu ruang untuk mendapatkan redhaNya? Mengapa ketika diberi ruang untuk mendapat redhaNya dalam dugaan yang melanda, dengan sabar dan redha dalam setiap ketentuanNya, namun kamu memilih untuk mengeluh dan mula merasa duka?

Bukankah seseorang yang Allah s.w.t. cinta, makin kuat diuji? Bukankah ujian itu sebenarnya nilai cinta? Mengapa mengelukh ketika dikurniakan simbol cinta? Adakah kerana kita tidak memahami hakikat cinta? Atau kerana memang dalam diri kita tiada cinta kepadaNya? Oleh kerana itulah, hidup kita tidak sunyi dari keluhan terhadap Tuhan dan memberontak bila diberi ujian.

Para pencinta dari kalangan salaf dan khalaf mengenali dan menghayati hakikat cinta. Lalu, setiap hidup mereka dilalui dengan penuh redha sebagai sang hamba. Mereka melihat agungnya “nilai” di sebalik ujian berbanding beratnya ujian. Mereka melihat besarnya “tujuan” mereka dalam redha kepadaNya, iaitulah demi meraih redhaNya, berbanding melihat ketentuanNya dalam kehidupan mereka.

Seseorang yang sentiasa fokus terhadap kebesaran tujuan dan keagungan nilai di sebalik ketentuan, tidak pernah letih untuk menghadapi ketentuan demi ketentuan kerana tahu apa yang dicari di sebalik kesabaran dalam menempuh ketentuan. Bagaimana terungkap di mulut para pencinta: “sedang lautan api sanggup ku redahi demi cinta…”, kalau memang itu bukanlah hakikat sebenar cinta. Itulah hakikat cinta wahai sang pencari cinta.

Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- sangat kagum dengan sikap orang yang beriman yang sentiasa mendapati kebaikan dalam hidup, samada dalam kesenangan mahupun kesusahan. Malah, Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- sendiri sebagai simbol teragung dalam menterjemahkan makna kelapangan hidup, dalam hidup Baginda - shollaLlahu ‘alaihi wasallam-.

Teringat kisah di mana linangan air mata mulia Baginda -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- menitis keluar dari kedua mata Baginda -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- yang mulia, ketika pemergian anaknda Baginda -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- bernama Ibrahim (r.a.). Lalu para sahabat r.a. bertanya tentang titisan air mata tersebut, adakah ianya tanda sedih atau bagaimana. Lalu Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- bersabda: “ini adalah rahmat (kasih sayang)”. Apa makna disebalik itu? Maknanya, hatta menangis itu sendiri dalam penghayatan Baginda -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- adalah rahmat daripada Allah s.w.t., bukan suatu kesempitan, apatah lagi segala ketentuan dalam kehidupan Baginda - shollaLlahu ‘alaihi wasallam-. Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- mengecapi rahmat dan kelembutan Allah s.w.t. dalam setiap ketentuanNya sehingga air mata itu juga dirasakan nikmat daripada rahmat Allah s.w.t.. Ini hakikat penghayatan iman dan taqwa yang mendalam.

Inilah penghayatan aqidah yang murni, yang perlu dirasai oleh setiap orang beriman. Maka, carilah para pembimbing yang dapat membantu kita mewarisi penghayatan ini daripada generasi terdahulu melalui tarbiah dan qudwah. Indahnya hidup dengan melaluinya berbekalkan kelazatan iman dan penghayatan tauhid yang murni. Fokuslah kepada keagungan nilai tujuan, nescaya lapang bagimu setiap jalan menujunya.

Wallahu a’lam

Al-Faqir ila Rabbihi Al-Qawiy Al-Jalil

Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Razi Al-Azhari

‘AmalahuLlahu bi AlthofiHi Al-Khafiyyah
 

Renungilah ke dalam Diri Sendiri Untuk Terus Memperbaiki Diri

Artikel karangan Raja Ahmad Mukhlis


Renungilah ke dalam Diri Sendiri Untuk Terus Memperbaiki Diri

Seseorang yang ingin menyempurnakan diri sendiri, setelah bertaubat dari segala dosa yang telah dilakukan, maka hendaklah dia sentiasa fokus melihat keaiban diri sendiri dan meninggalkan kesibukan melihat keaiban orang lain.

Manusia yang sentiasa mencari salah dan kelemahan orang lain sentiasa lalai daripada melihat keaiban diri sendiri. Ia bagai pepatah yang mengatakan: “kuman di seberang laut pun kelihatan, tetapi gajah di hadapan mata sendiri pula tidak kelihatan”.

Imam Hasan Al-Bashri r.a. pernah berkata:

“Berbahagialah orang yang sibuk melihat keaiban diri sendiri daripada sibuk melihat keaiban orang lain”.

Orang yang sentiasa fokus dalam melihat kelemahan diri, akan mudah melihat ruang kekurangan diri lalu berusaha untuk membaikinya kerana Allah s.w.t. dan dengan bantuanNya. Usaha melihat ke dalam diri sendiri ini juga dikenali sebagai muhasabah diri.

Muhasabah dari sudut bahasa bererti: memerhatikan dan memperhitungkan.

Muhasabah dari sudut syarak pula bererti: perasaan yang timbul dalam batin seseorang, yang mencela kejahatan nafsu dan perbuatan maksiat yang telah dilakukan, yang mana, dari perasaan tersebutlah, timbulnya rasa keinsafan.

Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. berkata:

"Orang yang sentiasa muhasabah dirinya, sentiasa berusaha untuk menjauhi dirinya daripada jalan-jalan yang membawa kepada kemaksiatan, dan sentiasa menyibukkan dirinya dengan ketaatan."  [Haqo'iq 'ani At-Tasawwuf m/s 235]

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: "…dan adalah keadaannya itu melewati batas.” (Surah Al-Kahfi: 28)

Imam Qotadah r.a. berkata berkenaan dengan ayat ini:

"Sesungguhnya, orang yang dimaksudkan di dalam ayat ini telah mensia-siakan dirinya dan merugikan dirinya. Dia menjaga harta-hartanya namun menggadaikan agamanya, akibat tidak muhasabah dirinya…"  [Tibb Al-Qulub bagi Ibn Qayyim: m/s 85]

Telah berkata Imam Al-Hasan berkenaan dengan ayat ini: "Sesungguhnya, seseorang hamba itu, sentiasa dalam kebaikan, jika dalam dirinya ada seruan yang mencela dirinya, dan muhasabah diri merupakan sifat keutamaannya".

Firman Allah s.w.t. lagi:

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang Telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)” (Surah Al-Hasyr: 18)

Maksud ayat tersebut ialah, Allah s.w.t. menyuruh kita memperhatikan setiap amalan yang dilakukan oleh kita, samada ianya suatu ketaatan ataupun suatu kemaksiatan bagi memastikan kebahagiaan di akhirat kelak.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Orang yang bijak ialah orang yang menghitung dirinya dan beramal untuk kehidupan setelah kematian…" (Hadith riwayat At-Tirmizi dan Ibn Majah).

Maksud perkataan "daana nafsahu" dalam hadith tersebut bererti, menghitung dan muhasabah diri.

Imam Az-Zarruq r.a. berkata:

"Kelalaian daripada muhasabah diri itu membawa kepada kerosakan diri. Gagal dalam memperhatikan nafsu diri, membawa kepada sikap redha terhadap keburukan nafsu tersebut." [Qawa'id At-tasawwuf m/s 75]

Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. berkata:

"Sesungguhnya, muhasabah diri itu akan menyemai suatu rasa bertanggungjawab dalam diri seseorang, terhadap Allah s.w.t., makhluk-makhlukNya dan tanggungjawab terhadap dirinya sendiri untuk melaksanakan syariat Allah s.w.t.. Dengan muhasabah diri, seseorang dapat menghayati bahawa, dirinya tidak diciptakan secara sia-sia."

Jenis-jenis Muhasabah Diri

Muhasabah diri ada dua jenis iaitu, muhasabah sebelum beramal dan muhasabah setelah beramal.

Jenis Pertama: Muhasabah Diri Sebelum Melakukan Sesuatu

Maksudnya: Seseorang itu menghitung di permulaan amalannya, samada amalan tersebut perlu dilakukan ataupun perlu ditinggalkan. Jika amalan tersebut sesuatu yang diperlukan, maka lihatlah, adakah ia bersesuaian dengan syariat ataupun bertentangan. Sekiranya bertentangan dengan syariat, maka sewajarnya dia meninggalkan niatnya untuk melakukan perbuatan tersebut, selagimana tidak sampai tahap mudarat. Jika mudarat, maka boleh dilakukan sekadar ingin menolak kemudaratan.

Al-Hasan berkata:

"Allah s.w.t. merahmati seseorang yang berhenti sejenak sebelum melakukan sesuatu, lalu memperhatikan niatnya. Jika amalan itu ingin dilakukan, maka dia meneruskan amalannya. Adapun jika bukan kerana Allah s.w.t., maka dia meninggalkannya."

Seterusnya, jika dia pasti, niat perkara yang ingin dilakukannya itu kerana Allah s.w.t, dan perkara tersebut perlu dilakukannya, maka hendaklah dia pastikan, adakah dia mampu untuk melakukannya ataupun tidak. Jika dia tidak mampu lakukan kesorangan, maka tinggalkanlah dahulu perkara tersebut, ataupun meminta bantuan daripada orang lain.

Jika dia mampu melakukan perbuatan tersebut, maka dia perhatikan pula, adakah perbuatan itu lebih baik dilakukan atau lebih baik ditinggalkan daripada melakukannya.

Jika perbuatan itu lebih baik dilakukannya, daripada ditinggalkannnya, maka perhatikanlah, adakah faktor pendorong dia melakukan amalan tersebut, kerana mengharapkan keredhaan dan ganjaran daripada Allah s.w.t., ataupun kerana inginkan ganjaran duniawi dan ganjaran makhluk.

Jika faktor amalan tersebut kerana inginkan ganjaran makhluk, maka, baikilah niat, barulah meneruskan amalan tersebut. Jika faktor pendorong melakukan amalan tersebut kerana Allah s.w.t., maka teruskanlah melakukan perkara tersebut dengan meminta bantuan daripada Allah s.w.t, untuk kejayaan usaha tersebut, kerana seseorang hanya mampu melakukan sesuatu dengan izin Allah s.w.t..

Jenis Kedua: Muhasabah Setelah Melakukan Sesuatu:

Maksudnya, seseorang itu memperhitungkan amalan yang telah dilakukannya iaitu:

Pertama: Menilai semula, adakah amalan tersebut menepati seluruh hak-hak Allah s.w.t. dalam ketaatan.

Kedua: Memerhatikan semula, kemungkinan ada amalan yang sebenarnya, lebih patut ditinggalkan daripada ianya dilakukan, lalu berazam untuk tidak mengulangi kembali kesalahan tersebut.

Ketiga: Memerhatikan semula, niatnya dalam amalan tersebut. Jika kerana Allah s.w.t, maka hendaklah dia bersyukur kepada Allah s.w.t., kerana membantunya dalam ketaatan kepadaNya. Jika kerana makhluk atau kepentingan duniawi, maka hendaklah dia meminta ampun kepada Allah s.w.t. daripada dosa tersebut lalu berazam untuk tidak mengulanginya.

Kesimpulan

Muhasabah diri adalah antara akhlak yang mulia yang dapat membantu seseorang untuk terus menyempurnakan aspek kehambaan dirinya dalam mencapai keredhaan Allah s.w.t.. Lihatlah kepada diri sendiri, nescaya akan terzahir bahawasanya segala yang berlaku di sekelilingmu adalah untuk menyempurnakan kehambaanmu. Itulah interaksi Allah s.w.t. kepadamu melalui perbuatan-perbuatan dan ketentuanNya.

Semoga Allah s.w.t. berikan kepada kita kekuatan untuk merealisasikan makna muhasabah dalam diri kita agar kita dapat mencontohi Saidin Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam perkataan, perbuatan dan hal hubungan hati Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam dengan Allah s.w.t..

Wallahu a’lam…

Al-Faqir ila Rabbihi Al-Jalil

Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Razi Al-Azhari

‘AmalahuLlahu bi althofiHi al-Khafiyyah

Monday, October 18, 2010

Jom Mengaji!!!!!!

Bismillahirahmanirrahim, 
Alhamdulillah, nilaian K hari ni terjaga, cuba nilai M ari ni mungkin turun ckit sebab tadi aku bantai gulai perut lembu. Terlepas rindu hari ni setelah bertemu guruku al-fadhil Tuan Guru Syeikh Abd Raouf. Lebih kurang 10 bulan lepas aku ada memohon agar guruku mendoakan kesihatan ayahku yang diserang kanser. alhamdulillah berkat doa orang soleh, ayah aku menunjukkan complete respond terhadap rawatannya. Tapi tadi al-fadil tuan guru menceritakan yang ayahnya pula diserang kanser. Moga allah menyembuhkan penyakit ayah guruku yang disayangi.


Menceritakan nilai K tidak akan ada kesan jika ibadat yang dilakukan tanpa ilmu. Solat yang tanpa ilmu boleh terbatal, menyebabkan ibadat tak diterima allah, then solat itu takkan mencegah kita dari terus lalai dan bermungkar, maka rosaklah nilai K kita.
sesuai dengan firman allah dalam surah al-ankabut:
"Sesungguhnya solat itu mencegah fahsya' dan mungkar"
dan hadis junjungan besar kita riwayat muslim yang menceritakan allah menghapuskan kesalahan bagi orang yang solat 5 waktu. 


Tetapi solat yang dimaksudkan disini adalah solat yang berilmu, dihadirkan hati dalam solat, terjaga segala rukun tidak mengabaikan yang sunat. Dengan solat yang baik sudah pasti akan mendidik jiwa kita untuk tidak lalai dalam mengingati allah.


Jika solat kita, masih menyebabkan kita terlampau sibuk dengan dunia dengan hanya memikirkan 'bila boleh aku pakai civic' atau 'polo lagi mahal pada jazz', atau mungkin mengenali 'justin bieber lebih dari rasullullah' maka SEMAKLAH SOLAT KITA.


Akhir kata "Wahai diriku jagalah nilai K dengan tidak mengabaikan segala parameternya (antaranya ilmu) dan berusahalah sehabis mungkin menuntutnya".....walahhualam..

Sunday, October 17, 2010

Menanti di Barzakh - Mai Kita Pakat2 Ingat Mati..



Frekuensi

Bismillahirrahmanirrahim,
Pagi2 bila kita bawak kereta nak pegi kerja kita selalunya akan bukak radio. kdang2 dengaq Era kadang2 dengaq Sinar. kalau baru balik kem motivasi mungkin jugak dengaq IKIM. Apa yang membezakan radio2 ni adalah kandungan penyampaian yang ada dalam siarannya. Satu lagi adalah Frekuensinya. kita selalu dengaq linda onn kata "Frekuensi Suria di lebah kelang ialah 96.1Mhz" (kalo aku tak silap la). Apa sebenaqnya 96.1Mhz ini? Inilah yang dinamakan frekuensi yang membolehkan kita menikmati siaran radio tersebut.


M=Mega yakni 10 kuasa 6
Hz = Adalah Unit bagi frekuensi, lebih kurang penjodoh bilangan bagi frekuensi la. macam sebiji telur. sebiji tu kan penjodoh bilangan. 
so sebenaqnya frekuensi dia adalah 96100000Hz. Yang menunjukkan satu putaran lengkap frekuensi berlaku hanya dalam 0.000000010406 saat. 


Setiap benda mempunyai frekuensi sendiri yang dipanggil frekuensi jati (natural frequency). Sebagai contoh, Turbine (turbin) janakuasa elektrik mempunyai 3 frekuensi jati. Putaran turbin perlu dielakkan dari berputar pada frekuensi ini bagi mengelakan getaran yang besar.


Tak faham. senang cakap. kalo kita tgk org yang menyanyi sprano boleh pecahkan gelas dengan suara die.  sebab apa jadi macam tu?? sebab frekuensi suara die sama dengan frekuensi jati gelas tu...


Macam mana nak kira frekuensi jati ni,
Frekuensi Jati = 
f_n = \frac{1}{2\pi} \sqrt{\frac{k}{m}} \,


k = stiffness (keakuan)
m = Mass (berat)


So apakah frekuensi kita. frekuensi terbaik manusia mengikut Bruce Taino dari Taino Technology adalah sekitar 62 - 68Hz. Dan manusia akan mula merasa sakit bila frekuensi jatuh dibawah 58Hz. Tuan2 perkataan al-insan dalam al-quran diulang 58 kali (mungkin ada kaitan mungkin tidak) wallahualam.   


Orang yang menghidap kanser akan berada pada paras frekuensi sekitar 42 Hz.


Jadi apa yang mempengaruhi frekuensi ini.


1. K = Stiffness atau keakuan


bagi manusia nilai keakuan boleh diubah dengan kekuatan rohani, dengan ibadah yang sah, seperti zikir, solat dsbnya. dengan nilai keakuan yang tinggi nilai frekuensi jati kita akan tinggi jugak.(rujuk rumus diatas). Dengan melakukan maksiat frekuensi diri kita akan terjejas. Para wali allah dan org yang soleh sudah pasti mempunyai nilai keakuan yang tinggi. 


2. M = Mass atau Berat


Berat di sini bukanlah secara terus merujuk kepada berat badan, tetapi lebih kompleks dari itu. dari hadis Rasulullah riwayat dailami "perut manusia tempat segala penyakit" dan jugak ayat 31 surah al-a'raf yang menegah kita makan dan minum berlebihan. Dengan meminum arak sahaja frekuensi akan jatuh ke nilai 52Hz dalam 3 jam!!!!! dengan penurunan m dan menaikan nilai k kita boleh memaksimakan nilai frekuensi jati kita.


Jadi kita boleh menilai dimanakah frekuensi kita sekarang.. aku rasa macam malas nak sambung nanti aku sambung lagi dalam bahagian 2 mungkin mengulas lebih lanjut mengenai masalah frekuensi ini dan apakah frekuensi para jin. akhir sekali wahai diriku, tingkatkanlah frekuensi jati dirimu...wallahualam. 

Saturday, October 16, 2010

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Semua orang nak ada blog sendiri, ada yang meniaga, ada yang jiwang, ada yang jadikan blog satu diari dsbnya. oleh sebab tu aku rasa, aku pun nak buat satu blog jugak. Aku rasa mungkin ni satu cara aku nak mengingatkan diri sendiri atau mungkin isteri aku Mama Syahid yang tersayang (kalau dia baca la), tentang tujuan dan maksud hidup ini. 

Aku mulakan post yang pertama ini dengan bismillah. Semua orang tau maksud bismillah, budak taska pun tau. alangkah indah jika segala urusan dimulakan dengan bismillah. Masuk kunci kereta dengan bismillah, start moto bismillah, segala-galanya bismillah.

Kita maklum bahawa seluruh isi al-quran di 'Summary'  kan dalam surah al-fatihah:

1. Segala ayat2 yang merujuk kepada bicara soal ketuhanan dah disummarykan dalam ayat yang kedua dan   ketiga
2. Yang cerita bab akhirat dalam quran summarynya dalam ayat keempat
3. Bab dok cerita ibadat kat ayat Iyyakana'buduwaiyyakanastain
4. Bab nabi2 dan org soleh disummarykan dalam ayat allazinaan'amtaalihim.
5. Cerita orang kapiaq kat ayat yang ujung.

Summary fatihah ni pulak dalam bismillah. summary bismillah pulak kat makna 'ba'(bikana makan - Dengan Aku jadi barang yang telah jadi), ( wabiyakunu mayakunu - Dan dengan aku lagi jadi barang yang akan jadi) wallahualam. 

Hrrrmmmm jadinya secara senangnya dalam bismillah terkandung summary quran itu sendiri. so TAK MAU MULA DENGAN BISMILLAH LAGI. Besaqnya nilai bismillah yang selalu kita terlupa nak baca bila mulakan satu2 pekerjaan.

Kalaulah ikut ilmu2 nombor, bismillah ada 19 huruf. 1+9 jadi 10. kalau ikut dr.norhisyam, 10 ni no ketuhanan, boleh la continue baca dalam tulisan die tentang rahsia nombor ni. wallahualam.

Aku rasa cukup dulu nasihat untuk diri aku ni. Wahai diri sendiri sila ingat mulakan sesuatu dengan bismillah.