Sunday, June 19, 2011

Artikel yang serba kekurangan. Dikarang atas permintaan Tuan Guru Syeikh Abd Rouf.

RADIASI

Radiasi adalah proses dimana zarah yang bertenaga atau tenaga atau gelombang bergerak melalui sesuatu jasad atau ruang (maksudnya ia mampu bergerak menembusi sesuatu benda seperti kertas). Terdapat 2 jenis radiasi:
  1. radiasi ionisasi (radiasi radioaktif, nuclear)
  2. radiasi bukan ionisasi (radiasi gelombang radio, handphone dsbgnya)
Yang penting kedua-duanya boleh mendatangkan bahaya kepada benda hidup.

BAGAIMANA RADIASI IONISASI MENDATANGKAN MUDARAT?
Zarah dengan tenaga yang tinggi akan masuk kedalam badan dan menghentam zarah atom dalam sel-sel badan. Ini akan menyebabkan berlaku kerosakan DNA. Pada kebiasaan Sel-sel akan cuba merawat kerosakan DNA atau jika tidak boleh dirawat lagi dia akan ‘menghapuskan dirinya sendiri’. Masalah timbul apabila sel itu gagal memulihkan DNA dan gagal juga menghapuskan dirinya sendiri. Sel-sel sebegini boleh menjadi kanser.
Selain kanser, DNA boleh berubah kepada ibu2 mengandung menyebabkan anak yang lahir tidak normal, seperti berkepala dua, lahir tanpa kaki dan lain2.

Untuk mengukur tahap dos radiasi pada manusia unit Rem digunakan. Jika dos radiasi melebihi 100 rems, kesan2 berikut boleh berlaku
  1. loya-loya dan muntah
  2. sakit kepala
  3. kehilangan sel-darah putih
Jika dos melebihi 300 rems rambut akan mula luruh, daya tahan penyakit akan menurun dan luka akan menjadi lambat sembuh. Kebiasaan mereka yang mempunyai dos 450 – 800 rem akan mati. Kebanyakan yang hidup menghidapi kanser.

RADIASI BUKAN IONISASI
Radiasi jenis ini kurang membawa bahaya berbanding radiasi ionisasi. Contoh dan kesan  radiasi ini adalah seperti jadual dibawah:


PUNCA
PANJANG GELOMBANG
FREKUENSI
KESAN
Matahari
318–400 nm
750–950 THz
Katarak pada mata. Penyakit Kulit
Lampu, api, laser
400–780 nm
385–750 THz
Penuaan kulit, kerosakan mata
Wi-fi, handphone, microwave
1 mm – 33 cm
1–300 GHz
Pemanasan tisu-tisu badan-boleh membawa kepada kerosakan tisu
Handphone, TV, Radio
33 cm – 3 km
100 kHz – 1 GHz
Pemanasan tisu2 badan dan kenaikan suhu badan
Pencawang elektrik
>3 km
<100 kHz
Gangguan system saraf, dan cas pada badan
Magnet Kuat, MRI
Tak terhingga
0 Hz
Loya dan Muntah


KEGUNAAN RADIASI DALAM PERUBATAN MODEN
Dalam perubatan moden radiasi banyak digunakan bagi merawat kanser. Dalam kes ini tidak ada bahan radioaktif digunakan, tetapi sinar radiasi ini dijana dengan peralatan. Jadi dalam kes rawatan kanser, kesan radiasi tidak akan merebak ke persekitaran.
Radiasi dari peralatan seperti IMRT akan membunuh sel-sel kanser dan membantutkan atau melambatkan percambahan sel-sel kanser tersebut.
IMRT adalah teknologi terkini yang dapat memfokuskan sinaran pada sel-sel secara tepat berbanding dengan kaedah radio terapi sepuluh tahun dulu. Dengan cara ini sel-sel yang sihat tidak akan terjejas dan mengurangkan kesan buruk terhadap pesakit.
Kebiasaannya rawatan kanser akan diselang seli antara radio terapi dan kemotherapi. Adapun kemoterapi adalah bahan kimia dan ia di luar skop perbincangan artikel ini.

KESIMPULAN
Radiasi Ionisasi mendatangkan bahaya yang lebih besar berbanding radiasi tidak ionisasi. Terdapat perbincangan radiasi yang lebih mendalam seperti radiasi semulajadi dalam badan manusia yang mungkin diluar skop perbincangan artikel ini. Penulis amat berharap ada pembaca yang lebih arif dapat memperbetulkan kesilapan dalam artikel kerana penulis bukanlah ahli dalam bidang ini. Secara keseluruhannya jika dikaji ilmu allah itu tidak terhingga penghujungnya dan ini merupakan salah satu bukti kebesaran Allah..Wallahualam.. 

Friday, December 24, 2010

Menyelesaikan Masalah Gangguan Makhlus Halus Terhadap Bayi

Bismillahirrahmanirrahim,
Masalah gangguan yang berlaku pada bayi sukar untuk dirawat melalui kaedah gangguan kepada orang dewasa, disebabkan bayi dalam keadaan gangguan selalu meraung dan menangis, menyebabkan kesukaran berlaku jika melakukan dengan kaedah biasa.antara tanda2 bayi mengalami gangguan
1. selalu menangis diwaktu selepas asar hingga ke tengah malam.
2. demam berpanjangan (jika ujian darah dilakukan, tiada tanda penurunan pada platlet dan sebagainya).
3. sukar tidur

Ini adalah antara tanda yang selalu hadir pada bayi yang terkena gangguan.
kaedah yang boleh dilakukan.

Masukkan satu genggam garam kasar untuk satu liter air (kalau 2 liter 2 genggam dan seterusnya) ke dalam baldi atau besen. kemudian masukkan ais sekadar mengubah suhu air kepada 3-4 darjah. Rendamkam bayi separas dada dan basahkan berulang2 kali di bahagian dada keatas dengan air dalam baldi tersebut. lakukan ini selama sepuluh minit.
Pada peringkat permulaan, ini perlu dilakukan 7 kali sehari, jika tak mampu 5 kali sehari atau 3 kali sehari.
Jika bayi demam, jangan terus mandikan tetapi gunakan air garam untuk dispray pada badan bayi. jangan lap, biarkan ia kering dibadan. apabila demam sudah kebah, bolehlah mulakan pula teknik rendaman.
Seeloknya garam dan air dibacakan dengan ayat suci al-quran terlebih dahulu.

wallahualam

-al-faqir abu syahid idris as-syafie-

UJIAN

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM,


Lama sungguh tak jenguk blog ni. bersawang2 dah rasanya. Result PMR baru keluar, ramai yang dah melepasi ujian ini dengan cemerlang. Kalau tanpa ujian sebegini mana mungkin kita mengetahui sapa yang sebenar2 menghadam pengetahuan yang dipelajari dan siapa yang tidak.


Banyak orang, meredhokan diri sebagai seorang muslim, bererti meletakkan allah sebagai tuhan, islam sebagai agama dan rasulullah sebagai rasul. Tetapi apakah kita telah 'teruji' dan melepasi ujian ini dengan baik.


meletakkan allah sebagai tuhan bereti kita redo setiap ujian yang didatangkan kepada kita. sebelum redo kena la sedar bahawa itu satu bentuk ujian."Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya". 


Kita hanya akan menyedari ujian allah ini dan bertindak dengan baik (redo) apabila kita mengikut skrip yang sudah disediakan dalam agama allah. jika kita mengikuti skrip ciptaan dunia nescaya kita akan jauh dari redo. 


Banyak rahsia yang lahir daripada rahsia redho ini. Orang yang redho dengan penyakit nescaya akan beroleh rahsia sabar. 


Kita redo islam sebagai agama dan rasulullah sebagai rasul. tetapi kita jauh dari rasullullah. pakaian kita tidak langsung melambangkan keredoaan kita itu, apatah lagi akhlak kita. "Ulama' adalah pewaris nabi", dengan hampir para ulama' nescaya hampirlah kita pada rasulullah. semakin jauh kita dengan ulama' nescaya hanyutlah kita.


Menghampiri ulama' sudah tentulah dengan jalan ilmu, dengan adanya ilmu mengajar kita erti redho....


Oleh itu perlulah kita check balik dalam kehidupan kita, berapa orang ulama yang kita jumpa untuk mencedok ilmu dalam masa seminggu terakhir ini, atau mungkin sebulan terakhir ini, atau setahun ini. jika tidak ada kita perlu adakannya supaya kita tak jauh dari saidina rasulullah...


walahhualam.

Tuesday, November 9, 2010

Jadual Pengajian Agama

Bismillahirrahmanirrahim,
Jom pakat2 mengaji. Tiada sebarang bayaran diperlukan. Sebarang pertanyaan boleh la tinggalkan komen ...
Ada beberapa tempat pengajian oleh 2 orang tuan guru.
1. Tn. Guru Hj Abd Rouf
2. Tn Guru Hj Mohd Hafiz
Moga kita bersama beroleh berkat

1. Setiap isnin malam selasa
--Surau Madrasah Aliyah , jalan jelebu (belakang pam petronas, sebelum masjid sidang sendeng) Ampangan, Seremban N. Sembilan.
10 malam--11 malam--Kitab Siyarus Salikin ( juzuk 1 dan 2). 

2. setiap rabu awal bulan 
--(Pondok) Madrasah IslamiahPondok Tuan Guru Haji Ibrahim, Kg. Bongek, Rembau, N. Sembilan.
9 pagi -- 11 pagi---Kitab al Hikam (Karangan Tok Pulau Manis) dan Ringkasan akidah ahli sunnah wal jamaah (Karangan al Ustaz sendiri).


3. setiap selasa malam rabu pada minggu kedua dan keempat -2 minggu sekali.
-- Surau Taman Jasmin, Senawang , Seremban, N. 9.
Lepas Maghrib--- Kitab Kifayatul Muhtadi (Karangan Sheikh Muhammad Nur bin Sheikh Muhammad bin Sheikh Ismail alFathoni)..ini diantara isi kandungan kitab kifayatul muhtadi . sila klik Untuk maklumat lanjut lokasi taman jasmin . insyalah pada akhir pengajian sesi soal jawab akan diadakan.


4. setiap pagi ahad.
bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi- kitab bughyatut thullab (fekah) dan durrus thamin (tawhid),
-- pondok tampin, jalan padang ragut. repah, tampin N.9.


5. sebulan sekali
a) tafaqquh.
 9 pagi- 12 tghari-kitab kasyful litham (fekah) dan ad durrus thamin (tawhid).

b) Pemantapan ilmu4-5 petang- kitab Hidayatus Shibyan (fekah).
-- di Dewan 
kuliah pejabat agama Tampin.


6.setiap minggu , jumaat malam sabtu.
selepas sembahyang maghrib.
- kitab pedoman berjemaah.
-- disurau taman desa permai, jln tampin gemencheh, tampin n.9.

Muslimin-muslimat dijemput hadir, insyallah.






















Sunday, November 7, 2010

Dia (Allah) memberi rezeki kepada sesiapa dikehendakiNya..

Bismillahirrahanirrahim,
Menyingkap kembali masa, sekitar sebelum bulan puasa tahun lepas, tak siapa menyangka adik aku yang bekerja sebagai 'Penanam Anggur Tanpa Hasil' akan bergelar Haji tak lama lagi (biiznillah) dalam usia 25 tahun.

Bermula dengan mendapat peluang bekerja di tanah suci makkah. Tempat kerja dia betul2 dibelakang masjidilharam (mecca clock tower), diikuti pula dengan rezeki yang allah taala kurniakan dekat dia. Secara logik akal, takkan ada siapa yang menyangka.

iktibar yang besar dari kisah adik aku ni, adalah keyakinan kita dan tawakal kita pada allah taala.


"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." 


Begitu jugak kisah tuan guruku, yang pernah terputus terus bekalan wang disekitar waktu mula2 beliau bukak pondok.Tapi tak pernah la sehari tak makan. ada saja punca rezeki yang allah kurniakan.

Teringat aku pada kisah saidina ali, yang pergi membeli sebiji epal utk fatimah, di tengah perjalanan dia memberi epal itu sama banyak pada orang susah. dan bila pulang kerumah beliau mendapati ada orang datang memberi epal kepada fatimah, 10 bijik kesemuanya. begitu yakin saidina ali dengan allah.

wallahualam...

Saturday, November 6, 2010

RUGINYAA..

Bismillahirrahmanirrahim,
Baru pulang daripada program tafaquh di tampin, dauroh kitab 'masalah makmum dan imam'. 90% dari lebih 300 yang hadir berumur 40 tahun keatas. yang muda2 hanyalah budak2 pondok dan mungkin ust2 dan usth dari pejabat agama daerah, itupun lepas tengah hari 40% lesap.

Bila dok perati tgk, orang yang berumur susah ckit nak kunyah benda2 macam ni atas berapa sebab:

1. Tak mampu duduk lama. sakit lutut kaki kebas dsb
2. Cepat mengantuk dan hilang tumpuan.
3. Mata tak berapa nampak nak baca kitab
4. Susah nak digest perkara2 yang kompleks.

Tapi setidaknya semangat mereka untuk mengaji patut di puji. Kalau tak boleh hadam sgt apa yang dibaca, at least berkat org alim dan berkat majlis ilmu tu ada.

Program sehari memerlukan pesertanya membayar RM0.00. Seduit pun takpayah bawak keluaq. tapi mutiara ilmu yang dikutip tak ternilai.

Susah nak cakap tapi macam mana pun aku setiasa bertekad untuk terus menjadi penuntut yang menyintai ilmu. Kalau boleh nescaya aku nak sangat ajak seluruh orang sekeliling aku ni, kawan2 aku, sedara2 aku, mungkin juga seluruh anak muda islam untuk turut bersama2 menuntut ilmu2 islam yang sangat murah yuran pengajiannya ini.

Syukur kepada allah, dibukakan jalan ilmunya kepadaku. Tanpa ilmu agama mana mungkin kita boleh berjaya mengharungi seksyen dunia ini. Contoh yang mudah seperti dibawah:

Terdapat satu department atau seksyen di sebuah company. katakanlah seksyen tersebut adalah seksyen Turbin atau seksyen Account atau Seksyen Design. Bagaimana bisa kita berjaya menjayakan seksyen ini tanpa pengetahuan yang cukup. Bagaimana kita ingin memeriksa sebuah turbin jika kita tidak arif tentang kerosakan yang mungkin berlaku kepada sebuah turbin.

Atau mana mungkin kita bisa menguruskan akaun dengan baik jika kita gagal membalancekan akaun company setiap bulan. Kesan tanpa kearifan bakal membawa keburukan yang dasyat.

Begitu juga dengan dengan hidup kita. Solat sebagai satu seksyen ibadah yang akan pertama2 sekali disoal diakhirat kelak. mana mungkin solat kita sempurna tanpa ilmu dan pengetahuan yang mendalam dan lurus....

wallahualam..

Tuesday, October 26, 2010

Frekuensi: Bukti Kebesaran Allah

Bismillahhirrahmannirrahim,
Aku rasa, aku nak sambung bab frekuensi yang tertanguh aritu. kat bawah ni aku sertakan frekuensi2 yang wujud kat dunia ni. kita boleh tengok sendiri melalui gambo dibawah.

Semakin besar frekuensi semakin banyak tenaga yang dikeluarkan. cuba perhatikan Gamma Ray yang mempunyai frekuensi 1,000,000,000,000,000,000,000Hz atau 1 QuintillionHz. Energynya pulak max 20 MeV. Gamma Ray Burst (GRB) dlm 10 saat akan menghasilkan tenaga yang lebih kuat dari tenaga yang dihasilkan oleh matahari selama 10,000,000,000 (billion) tahun. kita manusia cumalah 62Hz bila kita sihat. banyak mana sgt la tenaga kita. tapi lihatlah ciptaan Allah taala yang mampu menciptakan kuasa yang sebigini hebat.

Begitu hebatnya kekuasaan Allah taala. Masakan tenaga yang sebigini hebat dicipta oleh sesuatu yang bersifat seperti makhluk.

Akhir sekali, seperti biasa dengan tenaga yang sebegini besar, ingatlah diriku bahawa kuasa allah taala tak tertakrif dengan pemikiran makhluk... wallahualam








BANDwidth DESCRIPTION

FREQUENCY RANGE

Extremely Low Frequency (ELF)0to3KHz
Very Low Frequency (VLF)3KHzto30KHz
Radio Navigation &
maritime/aeronautical mobile
9KHzto540KHz
Low Frequency (LF)30KHzto300KHz
Medium Frequency (MF)300KHzto3000KHz
AM Radio Broadcast540KHzto1630KHz
Travellers Information Service1610KHz
High Frequency (HF)3MHzto30MHz
 Shortwave Broadcast Radio5.95MHzto26.1MHz
Very High Frequency (VHF)30MHzto300MHz
 Low Band: TV Band 1 - Channels 2-654MHzto88MHz
Mid Band: FM Radio Broadcast88MHzto174MHz
High Band: TV Band 2 - Channels 7-13174MHzto216MHz
Super Band (mobile/fixed radio & TV)216MHzto600MHz
Ultra-High Frequency (UHF)300MHzto3000MHz
Channels 14-70470MHzto806MHz
L-band:500MHzto1500MHz
Personal Communications Services (PCS)1850MHzto1990MHz
Unlicensed PCS Devices1910MHzto1930MHz
Superhigh Frequencies (SHF)
   (Microwave)
3GHzto30.0GHz
C-band3600MHzto7025MHz
X-band:7.25GHzto8.4GHz
Ku-band10.7GHzto14.5GHz
Ka-band17.3GHzto31.0GHz
Extremely High Frequencies (EHF)
(Millimeter Wave Signals)
30.0GHzto300GHz
Additional Fixed Satellite38.6GHzto275GHz
Infrared Radiation300GHzto430THz
Visible Light430THzto750THz
Ultraviolet Radiation1.62PHzto30PHz
X-Rays30PHzto30EHz
Gamma Rays30EHzto3000EHz