Artikel yang serba kekurangan. Dikarang atas permintaan Tuan Guru Syeikh Abd Rouf.
RADIASI
Radiasi adalah proses dimana zarah yang bertenaga atau tenaga atau gelombang bergerak melalui sesuatu jasad atau ruang (maksudnya ia mampu bergerak menembusi sesuatu benda seperti kertas). Terdapat 2 jenis radiasi:
- radiasi ionisasi (radiasi radioaktif, nuclear)
- radiasi bukan ionisasi (radiasi gelombang radio, handphone dsbgnya)
Yang penting kedua-duanya boleh mendatangkan bahaya kepada benda hidup.
BAGAIMANA RADIASI IONISASI MENDATANGKAN MUDARAT?
Zarah dengan tenaga yang tinggi akan masuk kedalam badan dan menghentam zarah atom dalam sel-sel badan. Ini akan menyebabkan berlaku kerosakan DNA. Pada kebiasaan Sel-sel akan cuba merawat kerosakan DNA atau jika tidak boleh dirawat lagi dia akan ‘menghapuskan dirinya sendiri’. Masalah timbul apabila sel itu gagal memulihkan DNA dan gagal juga menghapuskan dirinya sendiri. Sel-sel sebegini boleh menjadi kanser.
Selain kanser, DNA boleh berubah kepada ibu2 mengandung menyebabkan anak yang lahir tidak normal, seperti berkepala dua, lahir tanpa kaki dan lain2.
Untuk mengukur tahap dos radiasi pada manusia unit Rem digunakan. Jika dos radiasi melebihi 100 rems, kesan2 berikut boleh berlaku
- loya-loya dan muntah
- sakit kepala
- kehilangan sel-darah putih
Jika dos melebihi 300 rems rambut akan mula luruh, daya tahan penyakit akan menurun dan luka akan menjadi lambat sembuh. Kebiasaan mereka yang mempunyai dos 450 – 800 rem akan mati. Kebanyakan yang hidup menghidapi kanser.
RADIASI BUKAN IONISASI
Radiasi jenis ini kurang membawa bahaya berbanding radiasi ionisasi. Contoh dan kesan radiasi ini adalah seperti jadual dibawah:
PUNCA | PANJANG GELOMBANG | FREKUENSI | KESAN |
Matahari | 318–400 nm | 750–950 THz | Katarak pada mata. Penyakit Kulit |
Lampu, api, laser | 400–780 nm | 385–750 THz | Penuaan kulit, kerosakan mata |
Wi-fi, handphone, microwave | 1 mm – 33 cm | 1–300 GHz | Pemanasan tisu-tisu badan-boleh membawa kepada kerosakan tisu |
Handphone, TV, Radio | 33 cm – 3 km | 100 kHz – 1 GHz | Pemanasan tisu2 badan dan kenaikan suhu badan |
Pencawang elektrik | >3 km | <100 kHz | Gangguan system saraf, dan cas pada badan |
Magnet Kuat, MRI | Tak terhingga | 0 Hz | Loya dan Muntah |
KEGUNAAN RADIASI DALAM PERUBATAN MODEN
Dalam perubatan moden radiasi banyak digunakan bagi merawat kanser. Dalam kes ini tidak ada bahan radioaktif digunakan, tetapi sinar radiasi ini dijana dengan peralatan. Jadi dalam kes rawatan kanser, kesan radiasi tidak akan merebak ke persekitaran.
Radiasi dari peralatan seperti IMRT akan membunuh sel-sel kanser dan membantutkan atau melambatkan percambahan sel-sel kanser tersebut.
IMRT adalah teknologi terkini yang dapat memfokuskan sinaran pada sel-sel secara tepat berbanding dengan kaedah radio terapi sepuluh tahun dulu. Dengan cara ini sel-sel yang sihat tidak akan terjejas dan mengurangkan kesan buruk terhadap pesakit.
Kebiasaannya rawatan kanser akan diselang seli antara radio terapi dan kemotherapi. Adapun kemoterapi adalah bahan kimia dan ia di luar skop perbincangan artikel ini.
KESIMPULAN
Radiasi Ionisasi mendatangkan bahaya yang lebih besar berbanding radiasi tidak ionisasi. Terdapat perbincangan radiasi yang lebih mendalam seperti radiasi semulajadi dalam badan manusia yang mungkin diluar skop perbincangan artikel ini. Penulis amat berharap ada pembaca yang lebih arif dapat memperbetulkan kesilapan dalam artikel kerana penulis bukanlah ahli dalam bidang ini. Secara keseluruhannya jika dikaji ilmu allah itu tidak terhingga penghujungnya dan ini merupakan salah satu bukti kebesaran Allah..Wallahualam..
No comments:
Post a Comment